Bahan-Bahannya ialah:
(*)2 potong ikan merah – saiz sederhana
(*)5 biji bawang merah – dihiris
(*)2 ulas bawang putih – dihiris
(*)2 cm halia – dihiris
(*)1 paket kecil serbuk kari ikan
(*)rempah ratus – bunga lawang,kulit kayu manis,bunga cengkih
(*)10 helai daun kari
(*)2 biji terung bulat – dibelah 4
(*)2 biji tomato – dibelah 4
(*)5 biji kacang bendi
(*)3 biji cili hijau besar – dimayang
(*)Air secukupnya
(*)Garam secukup rasa
(*)Minyak untuk menumis
Cara Memasaknya ialah:
(*)1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dihiris, daun kari dan rempah ratus sehingga naik bau dan berwarna kekuningan.
(*)2. Kemudian masukkan serbuk kari ikan dan air secukupnya.
(*)3. Kacau rata dan didihkan.
(*)4. Apabila telah mendidih, barulah dimasukkan ikan merah dan terung.
(*)5. Biarkan sehingga terung empuk.
(*)6. Akhir sekali masukkan tomato, bendi, cili hijau dan perasakan dengan garam dan gula.
(*)7. Kacau perlahan hingga mendidih.
(*)8. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
EmoticonEmoticon