Monday, 28 March 2016

Resepi Roti Popia Arab Lazat

Tags


Bahan-Bahannya ialah:

Kulit –

(*)5 keping kulit popia
(*)5 keping roti sandwich (jenama apa pun boleh)
(*)Sedikit tepung gandum
(*)Air

Inti –

(*)1 tin kecil sardin
(*)4 ulas bawang merah dimayang
(*)1 biji cili merah
(*)1/4 biji limau nipis
(*)Garam
(*)Minyak untuk menumis

Cara Membuatnya ialah:

(*)1. Tumis bawang merah sehingga wangi.

(*)2. Masukkan sardin yang telah dilecek. Kemudian masukkan sedikit sos sardin supaya tumisan tidak terlalu kering.

(*)3. Masukkan cili merah, sedikit garam dan perah limau nipis. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.

(*)4. Sapukan inti sardin di atas roti kemudian gulung roti tersebut.

(*)5. Gulung roti bersama dengan kulit popia. Gamkan kulit popia dengan menggunakan bancuhan tepung dan air.

(*)6. Goreng hingga garing dan siap untuk dihidangkan.


EmoticonEmoticon