Monday 28 March 2016

Kebaikan Dan Keburukan Pil Hormon Buat Wanita Dan Lelaki

Tags



Kini disebalik kecanggihan dunia teknologi dan perubatan, pil hormon telah dihasilkan untuk menggantikan hormon pada seseorang. Antara kesan hormon pada tubuh seseorang manusia ialah:

(*)Perubahan fizikal yang dimulai dengan tumbuhnya rambut di kawasan tertentu dan bentuk tubuh khas yang ada pada lelaki ( bentuk tubuh maskulin) dan perempuan (payudara membesar dan juga lekuk tubuh)
(*)Perubahan psikologi seperti perilaku feminin dan maskulin, sensitiviti dan mood.
(*)Perubahan sistem reproduksi seperti organ reproduksi yang semakin matang.

Kandungan bahan di dalam hormone manusia ialah:

(*)Hormon mengandungi asid amino seperti epinefrin, norepinefrin, tiroksin dan triodtironin.
(*)Hormon mengandungi lipid adalah seperti testosteron, progesteron, estrogen, aldosteron, dan kortisol.
(*)Hormon yang mengandungi protein pula adalah seperti insulin, prolaktin, vasopresin, oksitosin, hormon pertumbuhan, FSH, LH, dan TSH.

Pil hormon ini merupakan kontrasepsi utama yang digunakan oleh wanita seluruh dunia untuk memudahkan mereka untuk mendapatkan anak khususnya. Pil hormon estrogen dan progesterone berperanan penting dalam kehidupan wanita seperti:

(*)Kecantikan kulit.
(*)Melancarkan fungsi otak.
(*)Mencegah simptom menopause dan gangguan mood.
(*)Meningkatkan pertumbuhan kulit anjal pada kulit dan vagina.
(*)Menghasilkan sel pigmen kulit.
(*)Menjaga tahap kolagen kulit supaya berada pada tahap yang normal.
(*)Mengatur haid wanita.
(*)Memelihara pertumbuhan payudara.
(*)Membantu organ rahim sewaktu dalam tempoh kehamilan.
(*)Merangsang dorongan seksual.

(*)Pil hormon dengan erti kata lain memberikan pengaruh yang besar pada tubuh badan serta emosi seseorang. Namun, apa yang akan terjadi jika lelaki mengambil pil hormon wanita?

(*)Bekalan ubat murah serta mudah diperoleh merupakan antara faktor yang mendorong golongan lelaki lembut untuk ghairah bereksperimen dengan ubat-ubatan seperti pil hormon untuk mengubah penampilan mereka menjadi wanita.

(*)Pil hormon wanita untuk membesarkan payudara boleh didapati dengan harga yang murah dalam lingkungan RM 10 sahaja. Selain daripada pil hormon yang kebiasaannya terdapat dalam pil perancang, lelaki lembut juga turut mengambil suntikan kolagen, hormone serta suntikan vitamin c.

(*)Kesan sampingan terhadap pengambilan pil hormone pada lelaki tetap ada. Antaranya ialah:

(*)Ketidakseimbangan hormon.
(*)Kekejangan otot.
(*)Pertumbuhan kelenjar tiroid.
(*)Kanser payudara.
(*)Kanser prostat.
(*)Tahap kepekatan darah semakin tinggi.
(*)Lapisan saluran darah makin menebal.
(*)Pembekuan darah di bahagian kaki seterusnya berpindah pada organ-organ penting yang lain.
(*)Mengakibatkan lumpuh.
(*)Mengakibatkan kematian.

Itu merupakan kesan daripada pengambilan pil horman pada lelaki. Bagaimana pula dengan kesan sampingan pengambilan pil hormon bagi wanita?

(*)Pertumbuhan jerawat.
(*)Keguguran rambut.
(*)Kanser payudara.
(*)Kanser rahim dan kanser ovari.
(*)Peningkatan risiko penyakit batu karang dalam hempedu.
(*)Pendarahan tidak menentu pada rahim.
(*)Pembekuan darah pada bahagian kaki serta organ penting yang lain.
(*)Kencing manis.
(*)Pertumbuhan fibroid dan endometriosis.
(*)Pengumpulan air yang banyak dalam tubuh.
(*)Pembengkakkan payudara.
(*)Loya dan muntah.

(*)Tetapi, jika anda mengalami beberapa gangguan akibat kekurangan hormon, anda bolehlah mendapatkan nasihat doktor tentang pengambilan pil hormon.

Tanda-tanda kekurangan keseimbangan hormon

(*)Sering keletihan walaupun selepas berehat atau tidak melakukan aktiviti yang berat sepanjang hari.
(*)Mengalami masalah tidur malam.
(*)Mengalami tanda menopaus pada seawal usia 30-an.
(*)Hilang nafsu syahwat bagi lelaki.
(*)Berat badan menurun atau meningkat secara mendadak.
(*)Tidak dapat mengawal perasaan.
(*)Mengalami masalah kulit seperti kekeringan atau perubahan lain.
(*)Masalah jangkitan pundi kencing atau pada bahagian mulut, hidung dan mata dan sering kering.
(*)Tanda-tanda pada fizikal seperti perubahan bau badan, mulut terasa panas, keanjalan payudara dan kesakitan otot atau masalah keguguran rambut.
(*)Sering berhadapan dengan masalah ingatan dan tidak mampu memberikan tumpuan.


EmoticonEmoticon