Monday 28 March 2016

Resepi Popia Mini Udang Kering Sedap

Tags


Bahan-Bahannya ialah:

(*)300 gram udang kering
(*)bawah merah (ikut suka) ditumbuk
(*)serbuk cili kering (ikut suka)
(*)air asam jawa (ikut suka)
(*)sedikit minyak untuk menumis
(*)garam, gula (lebihkan) & serbuk perasa (secukup rasa)
(*)Kulit popia


Cara Membuatnya ialah:

(*)1. Rendam sebentar udang kering. Cuci dan toskan. Selepas itu dikisar halus.

(*)2. Tumis bawang sehingga naik bau. Kemudian masukkan udang kering yang telah dikisar. Gaul.

(*)3. Masukkan air asam jawa, garam, gula dan serbuk perasa. Gaul hingga udang agak kering.

(*)4. Bila dah kering, tutup api dan sejukkan sebentar. Kemudian kisar lagi supaya udang tidak berketul-ketul.

(*)5. Cara membungkus popia; Kulit popia dipotong segi 4 dan bungkus macam popia biasa. Atas potong segi empat panjang, isi udang ditengah dan gulung. Kemudian temukan kedua-dua hujungnya dan simpul sekali.

(*)6. Goreng menggunakan minyak yang banyak dengan api yang sederhana. Kalau bungkus cara popia biasa, masa menggoreng, gunakan api yang perlahan.


Tip Penting:

(*)Tutup kulit popia yang belum dibungkus dengan kain untuk elakkan kulit popia jadi keras.


EmoticonEmoticon