Monday 28 March 2016

Kesan Jika Anda Ambil Pil Perancang

Tags


Ketika dimakan dengan tepat, pil perancang ini dapat mencegah kehamilan lebih sehingga lebih daripada 99 peratus. Ini bermakna daripada 1000 orang wanita yang mengambil pil perancang ini, kurang daripada sepuluh orang sahaja yang mengalami kegagalan.

Antara kesan positif yang ada sewaktu pengambilan pil perancang ini adalah:


1. Meredakan Sengugut

(*)Senggugut atau dikenali ‘dysmenorrhoea’ bermakna pengaliran haid yang sakit. Ia merupakan masalah yang paling kerap dihadapi oleh wanita, dibandingkan dengan semua masalah sakit puan yang lain.



2. Mengurangkan Emosi

(*)Emosi memainkan peranan yang amat penting dalam hubungan seksual kalau dibandingkan dengan perubahan kecil hormon testosterone bila pil perancang diambil.



3. Merawat Masalah Jerawat

(*)Pil perancang memang boleh membantu kerana pil ini akan mengurangkan penghasilan sebum. Pada masa sama, para doktor sering menyarankan agar pesakit menjaga kebersihan kulit dan menggunakan krim anti-jerawat untuk menyembuhkan masalah ini.



4. Mengurangkan Kanser Ovari

(*)Kajian di “The Royal College of general practitioners” pada 2010 terhadap 46,000 wanita pula mendapati pil perancang mampu mengurangkan 12% risiko kanser dan lebih rendah untuk mendapat kanser, strok atau penyakit jantungMenurut Dr. Jamiyah Hassan, sehingga kini tiada kajian kukuh yang mengatakan pil perancang boleh menyebabkan kanser payudara.


Antara kesan negatif yang akan anda dapati apabila mengambil ubatan seperti pil perancang adalah:

(*)1. Pil perancang mungkin boleh menyebabkan loya, sakit dan tegang pada buah dada, pendarahan bertompok-tompok yang tidak teratur, pertambahan berat badan, muram dan sakit kepala.



(*)2. Darah beku merupakan salah satu potensi risiko. 2/10,000 wanita akan mengalami darah beku berbanding 1/10,000 wanita untuk mereka yang tidak menggunakan pil perancang.



(*)3. Anda tidak seharusnya menggunakan pil perancang jika anda mempunyai sejarah strok, sakit jantung, darah beku, penyakit hati, kanser payudara, lewat usia lebih daripada 35 tahun dan merokok.



(*)4. Anda harus meminta nasihat daripada pakar sakit puan atau doktor anda mengenai pil perancang atau kaedah mencegah kehamilan yang lain jika anda mempunyai kencing manis, darah tinggi,kolestrol tinggi atau risiko kesihatan yang lain.


EmoticonEmoticon