Monday 28 March 2016

Resepi Kerepek Bayam Rangup

Tags


Bahan-Bahannya ialah:

(*)500gm sayur bayam | ambil daun sahaja
(*)100gm tepung beras
(*)2 ulas bawang putih | dikisar halus
(*)1 sudu teh udang kering | dikisar halus
(*)1 sudu teh jintan manis
(*)1 sudu teh jintan putih
(*)2 sudu makan serbuk kari
(*)50ml minyak


Cara Membuatnya ialah:

(*)1. Basuh daun bayam dan ketepikan.

(*)2. Dalam sebuah bekas, satukan tepung beras, bawang putih, udang kering, jintan manis, jintan putih, serbuk kari dan minyak.

(*)3. Adun hingga sebati. Perasakan dengan garam secukupnya.

(*)4. Selepas itu, panaskan minyak di dalam kuali.

(*)5. Celup daun bayam ke dalam adunan tepung dan terus goreng di dalam minyak panas.

(*)6. Setelah garing, angkat dan tos. Ulang proses hingga semua daun bayam disaluti tepung.

(*)7. Hidangkan dan sedia dinikmati.


EmoticonEmoticon