Tuesday 22 March 2016

Resepi Nasi Arab Ya Habibi

Tags


Ayam

Bahan-bahannya ialah:

(*)1 ekor ayam ~ dibelah 2 dan di cuci bersih (umiIzz guna peha ayam sahaja)
(*)1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
(*)1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
(*)1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
(*)1 sudu kecil serbuk kunyit
(*)1 sudu kecil serbuk kabsa ( lihat di bawah)
(*)2 biji bawang besar ~ dihiris bulatGaram
(*)Sedikit pewarna kuning atau serbuk kunyit
(*)Aluminium foil


Cara Penyediaan Ayam ialah:

(*)Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit.
(*)Alaskan dulang pembakar dengan aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon diatas foil tadi.
(*)Letak ayam di atas bawang dan lemon. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250’c selama 1 jam. Pada 10 minit terakhir, buka sedikit foil dibahagian atas.
(*)**Semasa ayam dibakar, ayam akan mengeluarkan air. Selepas 45 minit, buka foil dan keluarkan air di dalam ayam tersebut dan barulah bakar semula sehingga ayam sedikit garing.


Nasi Arab

Bahan-bahannya ialah:

(*)4 cawan beras basmathi
(*)3 camca besar minyak sapi/jagung
(*)4 1/2 cawan air atau secukupnya
(*)1 biji bawang besar (hiris halus)
(*)3 ulas bawang putih (hiris halus)
(*)1 inci halia
(*)1/3 cawan kismis
(*)Rempah tumis (1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih)
(*)Pewarna kuning
(*)Garam secukup rasa


Cara penyediaan nasi ialah:

(*)Panaskan minyak, tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga naik bau. Masukkan kismis, goreng sebentar dan tambahkan pula air, biar mendidih.
(*)Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
(*)Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2 minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
(*)Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
(*)Titiskan 2 hingga 3 titik pewarna kuning, kacau nasi dan masak nasi sehingga masak.


Sos

Bahan-bahannya ialah:

(*)1 biji tomato
(*)5 biji cili besar hijau
(*)1 tangkai batang ketumbar
(*)Garam
(*)Gula


Perahan lemon.


Cara penyediaannya ialah:

(*)Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur. Jangan lupa tambahkan kual dalca sebagai kuah untuk hidangan nasi arab anda. Selamat mencuba!


EmoticonEmoticon