Tuesday 22 March 2016

Bahaya Kesan Bulu Kucing Pada Anda

Tags


Berikut beberapa bahaya yang boleh disebabkan oleh bulu kucing:



1. Penyakit Cakar Kucing (cat scratch disease)

(*)Pada kucing, penyakit yang disebabkan oleh bakteria ‘Bartonella Henselae’ ini tidak menimbulkan gejala-gejala tertentu.Biasanya bakteria tersebut berpindah pada manusia melalui cakaran atau gigitan. Namun, tidak terkecuali kemungkinan bakteria tersebut merebak ketika anda mengusap-usap bulunya, kemudian menyeka bahagian mata anda menggunakan tangan yang sudah terkena bakteria.

(*)Di tempat cakaran atau gigitan, muncul benjolan kecil dalam jangka waktu 10 hari. Benjolan tersebut diikuti dengan gejala-gejala mual, muntah, demam, menggigil, lelah dan peradangan. Bagi mereka yang memiliki daya ketahanan tubuh yang baik, penyakit cakar kucing ini tidak akan meninggalkan kesan yang serius.



2. Menyebabkan Asma

(*)Bulu pada kucing sangat berbahaya. Apatah lagi jika telah menyerang sistem pernafasan, ia merupakan salah satu penyebab asma. Ini adalah kerana bulu kucing banyak membawa virus-virus yang boleh menyebabkan asma. Keadaan ini menyebabkan penyakit asma sukar hilang dan akan menurun hingga ke keturunan anda yang seterusnya.



3. Kurap (ringworm)

(*)Merupakan jenis infeksi kulat pada kulit yang salah satunya boleh ditularkan dari kucing. Penularannya boleh terjadi ketika anda membelai kucing.Penyakit ini disebabkan parasit yang disebut ‘Toxoplasma Gondii’ yang terdapat pada feses kucing sudah terinfeksi. Sekitar 2-3 minggu setelah terinfeksi, kucing akan mengeluarkan parasit pada kotorannya.Ketika membersihkan diri dengan lidah, kemungkinan parasit akan tertinggal pada bulu yang kemudian dapat tertular pada manusia ketika membelai bulunya.



4. Alergi

(*)Sebenarnya bulu bukanlah penyebab kesan alergi. Bahaya bulu kucing sebenarnya adalah disebabkan oleh infeksi melalui air ludah, kulit, dan urine. Ini adalah kerana ketika kucing menjilat dirinya, bulunya akan terkena air ludah tersebut. Kesan alergi biasanya dapat menimbulkan efek alergi yang kelihatan seperti gejala flu.Selain itu, mata gatal, bersin, batuk dan tekanan pada sinus.



Cara Mencegah Bahaya Bulu Kucing

(*)Anda perlu pastikan kesihatan binatang peliharaan anda itu sentiasa sihat dan bersihkan diri anda setelah memegangnya.Cuci tangan anda dengan sabun antibakteria setelah menyentuh kucing kesayangan anda, terutama sebelum anda menyediakan hidangan.

(*)Selain itu, selalu periksa tahap kesihatan kucing anda. Infeksi dapat dikesan dengan adanya pemeriksaan rutin ke doktor haiwan. Berikan juga kucing anda imunisasi. Di samping itu, usahakan agar kucing anda selalu bersih termasuk bulu dan kukunya. Bersihkan kuku dan badannya dengan syampu khas.


EmoticonEmoticon