Tuesday 22 March 2016

Resepi Puding Jagung Yang Mengancam

Tags


Bahan-bahannya ialah:

(*)80 gram tepung kastard
(*)1 tin jagung cream style
(*)4-5 titik pewarna kuning telur
(*)Sedikit garam
(*)100 gram gula pasir atau ikut rasa
(*)1 camca besar serbuk agar-agar
(*)900 ml santan segar
(*)1 helai daun pandan


Cara memasaknya ialah:

(*)Bancuh tepung kastard dengan santan. Kacau dengan rata. Sementara itu satukan gula dan serbuk agar-agar dalam periuk.

(*)Tapis bancuhan tepung kastard dan santan tadi ke dalam periuk berisi gula dan serbuk agar-agar.

(*)Masukkan jagung, garam, pewarna kuning telur dan daun pandan. Letakkan diatas dapur dan masak dengan api sederhana sehingga pekat.

(*)Pastikan anda kacau selalu untuk mengelakkan bancuhan berkerak. Apabila bancuhan kelihatan pekat dan berkilat, matikan api. Jangan lupa keluarkan daun pandan.

(*)Tuangkan dalam acuan, dan biar sehingga sejuk.

(*)Simpan dalam peti sejuk hingga mengeras. Selepas itu, boleh dihidangkan sebagai pencuci mulut.


EmoticonEmoticon