Tuesday 22 March 2016

Tips Memilih Seluar Legging Yang Sesuai Dengan Anda

Tags


1. Pilih saiz yang sesuai

(*)Terdapat banyak jenis legging dengan saiz yang berbeza. Legging dengan bahagian atas yang panjang akan membuat anda kelihatan elegan. Sentiasa memilih legging berdasarkan ketinggian anda. Pasti anda tidak mahu legging yang dipakai nanti tiba-tiba koyak ketika sedang melangkah bukan? Kalau terlalu longgar pula, legging akan menjadi berkedut-kedut dan ini mencacatkan penampilan.



2. Pilih rekaan fesyen yang mudah

(*)Jika anda memakai legging buat kali pertama, pilihlah rekaan yang asas. Pilih rekaan yang simple dan warna yang gelap. Warna-warna seperti biru dan hitam akan menjadi warna yang sesuai. Jika anda seorang yang “berisi”, elakkan memilih warna yang terang.



3. Padanan kasut yang sesuai

(*)Jika anda memakai legging dari jenis kulit, memang sesuai memakai kasut tumit tinggi untuk nampak lebih seksi. Lebih menarik jika anda memilih kasut flat, ia kelihatan lebih ranggi dan santai.



4. Pilihan pakaian adalah penting

(*)Cuba anda padankan legging dengan blouse labuh dan juga kemeja labuh, pasti anda akan kelihatan cantik dan menawan. Tetapi jika anda mempunyai tubuh badan langsing, tidak salah untuk mengenakan legging dengan baju-T pendek.



5. Pilih warna yang betul

(*)Legging hendaklah dipilih bergantung kepada berat badan anda. Jika anda seorang yang “berisi”, elakkan memilih lengging yang terang dan bercorak bunga besar. Pilih reka bentuk cetakan bunga kecil dan warna-warna pastel untuk supaya anda tidak kelihatan gemuk.

(*)Jika anda kurus, maka warna-warna terang akan kelihatan baik pada anda. Namun tidak salah bagi mereka yang berani untuk bermain warna untuk kelihatan lebih anggun. Tetapi awas, jangan sampai anda menjadi mangsa fesyen pula!


EmoticonEmoticon