Sunday 27 March 2016

Resepi Kek Coklat Lava Gunung Berapi

Tags


Bahan-Bahannya ialah:

(*)5 sudu besar butter
(*)100gm coklat gelap (satu bar coklat standard)
(*)2 biji telur saiz besar
(*)1 kuning telur saiz besar
(*)3 sudu besar gula
(*)3 sudu besar tepung
(*)2 sudu kecil serbuk koko
(*)1 secubit garam
(*)4 paper cup atau 4 ramekins – disapu butter

Cara Membuatnya ialah:

(*)1. Panaskan oven – 200 degree (atas bawah) 180 degree (hot air/udara panas).

(*)2. Cairkan mentega dan coklat bersama­sama secara “double boiler”, atau di dalam microwave sehingga cair dan kacau hingga sebati.

(*)3. Gaul telur dan gula sehingga campuran berwarna kekuningan sekitar 3 minit sehingga gula larut.

(*)4. Kacau campuran coklat panas ke dalam adunan telur dan pukul sebati. Ayakkan tepung, koko, dan garam. Kaup dengan spatula sehingga sebati.

(*)5. Sudukan ke dalam 4 ramekins atau papercup saiz besar yang tebal yg telah disapu dengan butter.

(*)6. Kalau ada masa sejukkan dahulu adunan di dalam freezer selama 5 minit. Boleh juga terus dimasukkan ke dalam oven.

(*)7. Bakar selama 13 minit sahaja dan jangan terlebih nanti tidak menjadi lava.

(*)8. Angkat dan biarkan sejuk seketika, kemudian boleh dihidangkan.

Tips Penting:

(*)Boleh juga dikukus atau menggunakan teknik “waterbath”. Boleh dihidangkan bersama krim putar atau aiskrim vanilla bagi menambahkan kelazatannya.


EmoticonEmoticon