Berikut ini adalah beberapa bahaya memiliki perut buncit :
Merosakkan Sistem Metabolisme Tubuh
(*)Pengumpuan lemak yang terjadi di dalam tubuh menghasilkan hormon yang menghambat sistem metabolisme. Perkara ini akan mengubah ‘receptor insulin’ dalam tubuh, sehingga tubuh akan menjadi sukar untuk mengatur tahap gula darah. Perkara ini boleh menyebabkan diabetes pada seseorang yang memiliki perut buncit.
Kolestrol Yang Tinggi
(*)Lemak di bahagian perut boleh berubah menjadi asid lemak pada tubuh dan boleh menyebabkan munculnya kolestrol yang buruk.Asid lemak bebas juga boleh menyebabkan menurunnya tahap kolestrol baik dalam tubuh. Bersamaan dengan obesiti di bahagian perut dan juga kerosakan pada arteri, kolestrol buruk boleh mendatangkan pelbagai jenis penyakit yang sangat berbahaya untuk kesihatan tubuh seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi atau bahkan juga stroke. Anda disarankan mendapatkan berat badan ideal dengan cara semulajadi untuk menghindari penyakit ini atau hidup dengan pola pemakanan sihat serta amalkan gaya hidup sihat.
Kanser
(*)Orang yang obesiti berisiko untuk terkena penyakit seperti kanser usus besar, kanser hempedu, kanser buah pinggang dan lain-lain lagi. Anda yang berperut buncit perlu menjaga berat badan agar tetap ideal dan stabil.
Fungsi Paru-Paru Mula Menurun
(*)Menurut para penyelidik dari Finland, perut yang terlalu besar turut berkaitrapat dengan penurunan volume dan fungsi paru-paru. Berbanding telah dibuat ke atas seorang lelaki yang tidak memiliki perut buncit, lelaki yang memiliki kelebihan lemak pada perut dikatakan menpunyai rekod buruk ketika menjalani ujian pernafasan. Jika ianya dibiarkan berterusan boleh menyebabkan penyempitan saluran pernafasan dan menimbulkan penyakit paru-paru kronik atau asma.
Penyakit Demensia dan Alzheimer
(*)Pengumpulan lemak yang berlebihan pada perut boleh menyebbakan terjadinya beberapa penyakit yang unik seperti alzheimer. Jumlah lemak di perut dikatakan turut berkait rapat dengan penurunan volume otak, yang mana pada akhirnya boleh menyebabkan penyakit otak seperti demensia dan juga alzheimer.
Kesimpulan
(*)Memang banyak penyakit yang disebabkan oleh perut buncit kerana penggumpulan lemak pada perut. Amalkan gaya hidup sihat dan hindari sebarang aktiviti yang boleh membuatkan perut anda semakin buncit. Menunda makan, makan sesuatu yang mengandungi gas, tidur setelah makan, jarang bersenam dan kerap mengunyah junk food juga boleh menyebabkan perut anda semakin buncit. Jadi, usahakan untuk mengamalkan gaya hidup sihat dengan pengambilan makanan yang berzat dan bersenam secara rutin.
EmoticonEmoticon