Sunday, 27 March 2016

Kebaikan Telur Separuh Masak Yang Anda Perlu Tahu

Tags


Berikut beberapa kebaikan yang boleh anda peroleh daripada pengambilan telur separuh masak:

1. Menu Sarapan Yang Sihat

(*)Dua biji telur separuh masak pada setiap hari untuk sarapan terbukti boleh mengecilkan ukuran pinggang. ‘Lemak jahat’ di dalam telur separuh masak juga merupakan sumber lemak tidak jahat yang sangat baik. Tidak seperti sumber protein atau lemak haiwan yang lain, kerana telur separuh masak tidak akan meningkatkan risiko terkena penyakit jantung.



2. Membantu Pembentukan Otot

(*)Untuk membentuk otot agar kelihatan tegap, bukan hanya dengan menikmati telur yang direbus sahaja.Pengambilan telur separuh masak ternyata boleh membentuk otot dan sangat elok untuk anda yang sedang berdiet. Kandungan nutrisi yang lengkap daripada telur separuh masak akan menjadikan otot anda kuat dan ‘berisi’.



3. Bantu TurunkanBerat Badan

(*)Telur mengandung asid amino yang sangat tinggi. Asid amino yang masuk ke dalam tubuh boleh diubah menjadi energi dan mampu membantu untuk membentuk otot-otot ataupun kulit. Asid amino di dalam telur separuh masak juga mengandungi sumber energi yang jauh lebih baik dibandingkan dengan protein dan boleh membantu anda kenyang lebih lama.



4. Menguatkan Daya Ingatan

(*)Dua biji telur separuh masak merupakan sumber ‘choline’ yang sangat tinggi. ‘Choline ‘adalah unsur yang sangat baik dan boleh meningkatkan kapasiti memori di dalam otak kita.



5. Mencegah Penuaan

(*)Telur separuh masak merupakan seumber ‘lutein’, ‘carotenoid’ serta ‘zeaxanthin’ yang dapat membantu melindungi organ penglihatan daripada proses penuaan. Pengambilan telur separuh masak secara rutin boleh membantu tubuh, organ tubuh serta fungsinya dari pada proses kerosakan sel dan jaringan akibat penuaan.



6. Mencegah Anemia

(*)Darah di dalam tubuh sangat penting bagi fungsinya. Kekurangan darah boleh membuatkan anda mengalami anemia. Anemia ini juga terjadi jika tubuh kekurangan vitamin B12. Telur separuh masak boleh menjadi alternatif makanan untuk mengubati kekurangan darah.



7. Baik Untuk Mata

(*)Kesihatan mata sangat penting sebagai fungsi penglihatan. Vitamin A adalah salah satu vitamin yang dapat menjaga kesihatan mata.Vitamin A yang terdapat di dalam telur separuh masak ini juga jauh lebih banyak berbanding dengan telur yang direbus dan sebagainya.


EmoticonEmoticon