Sunday, 27 March 2016

Resepi Choco Mousse Brownies Lazat

Tags


Bahan-Bahannya ialah:

Brownies –

(*)45g butter
(*)65g gula halus
(*)1 biji telur
(*)50g tepung gandum
(*)1/2 sudu kecil baking powder
(*)1 sudu besar serbuk koko

Chocolate Mousse –

(*)140g coklat masakan
(*)1 sudu besar gelatin
(*)100ml air
(*)2 biji telur putih
(*)200g whipping cream
(*)40g gula halus

Cara Membuatnya ialah:


Brownies –

(*)1. Pukul butter dengan gula sehingga kembang/putih.

(*)2. Kemudian masukkan telur. Pukul lagi dalam 3-4 minit.

(*)3. Ayak tepung, baking powder dan serbuk koko ke dalam no.2 tadi. Kacau rata.

(*)4. Masukkan adunan ke dalam loyang. Kemudian bakar dengan suhu 190 degree selama 12-15 minit.

(*)5. Bila dah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sejuk.


Chocolate Mousse –

(*)1. Masukkan gelatin ke dalam bekas yang mengandungi 100ml air.

(*)2. Biarkan dalam 5 minit. Jangan masukkan gelatin dulu kemudian air, ini akan menyebabkan gelatin berketul dan tidak larut sepenuhnya.

(*)3. Cairkan coklat masakan dengan kaedah ‘double bowl’ (Guna 2 periuk, 1 periuk letak air dan 1 periuk letak coklat. Periuk yang ada coklat ni, letak pulak ke dalam periuk yg ada air. Kemudian panaskan sehingga coklat cair).

(*)4. Bila coklat dah cair, padamkan api dan keluarkan periuk coklat dari periuk yang ada air tadi.

(*)5. Masukkan campuran gelatin tadi ke dalam coklat cair. Kacau sehingga gelatin sebati dengan coklat tadi. Biarkan sehingga sejuk.

(*)6. Pukul putih telur sehingga kembang atau sehingga bertanduk (Kalau diterbalikkan bowl, telur tak jatuh). Sambil pukul telur itu, masukkan gula sikit demi sedikit.

(*)7. Dalam mangkuk lain pula, pukul whipping cream sehingga jadi bentuk krim.

(*)8. Masukkan no.5 dan no.6 ke dalam no.7. Kacau perlahan-lahan sehingga sebati. Tuangkan adunan ini ke dalam loyang brownies.

(*)9. Simpan dalam peti sejuk sehingga mousse keras dan bolehlah dihidangkan.

(*)10. Sebelum dihidangkan tu, boleh dihias dengan serbuk koko dipermukaan mousse.


EmoticonEmoticon