Saturday, 26 March 2016

Resepi Ayam Halia Bersantan Lazat

Tags


Bahan-Bahannya ialah:

(*)Ayam – setengah ekor
(*)Kentang – 4 biji (di potong dua atau empat, tengok saiz)
(*)Bawang besar – 3 biji (Potong gelang)
(*)Bawang putih – 2 ulas (hiris nipis)
(*)Halia – seketul besar (dihiris halus)
(*)Ketumbar – sikit (tumbuk halus)
(*)Cili padi – 10 biji di belah dua (jikut selera)
(*)Cili merah – 2 biji (dihiris halus)
(*)Santan kelapa – 1 kotak
(*)Garam dan perasa

Cara Memasaknya ialah:

(*)1. Goreng ayam dengan api yang sederhana. Bila sudah empuk, ketepikan.

(*)2. Sambil menggoreng ayam, rebus kentang sampai empuk. Kemudian angkat. Ketepikan.

(*)3. Gunakan minyak goreng ayam tadi, masukkan halia, bawang putih dan ketumbar. Bila sedikit layu, masukkan santan.

(*)4. Masukkan garam dan perasa secukupnya.

(*)5. Perlahankan api. Jangan tunggu sehingga pecah minyak. Terus masukkan cili padi, cili merah dan bawang besar.

(*)6. Masukkan kentang yang telah direbus bersama ayam yang telah digoreng tadi.

(*)7. Kacau sedikit lagi biar sebati, kemudian boleh lah diangkat dan dihidangkan.


EmoticonEmoticon