Saturday, 26 March 2016

Tiada Lagi Masalah Kulit Muka

Tags


Jom Atasi Masalah Kulit Muka Dengan Bahan-Bahan Semulajadi!

1. Tomato

(*)Tomato yang kaya dengan vitamin A, B1 dan C. Tomato bersaiz sederhana mengandungi 40% RDA untuk vitamin C. Sari ‘phytonutrient (lycopene)’ daripada tomato mampu melindungi sel-sel badan dari serangan penyakit.



(*)Cara Pertama: Potong tomato kemudian gosok pada wajah, isinya dijadikan masker biarkan selama 10-15 minit. Bilas dengan air suam.



(*)Cara Kedua: Jadikan jus tomato, amalkan selalu ia membantu mencerahkan kulit muka dari dalam.

(*)Nota: Mampu mengurangkan lebihan minyak, menghaluskan dan memberi nurtrisi pada kulit



2. Lemon

(*)Buah lemon mengandungi AHA (Alpha-Hidrocxy Acid) dan kaya dengan vitamin B, C, karbohidrat, potassium dan juga protein. Lemon membantu pengelupasan sel-sel kulit mati, perbaiki pori-pori besar dan membantu menghilangkan bekas-bakas jerawat anda.

(*)Caranya: Perah buah lemon di dalam mangkuk, celupkan kapas ke dalam air perahan lemon dan sapukan pada wajah. Biarkan selama 3-5minit dan bilas.



3. Yogurt

(*)Yogurt adalah susu yang dibuat melaui fermentasi bakteria, menghasilkan tekstur seperti gel dan bau yang unik pada yogurt. Ia mengandungi banyak protein, vitamin B, kalsium dan mineral.

(*)Cara Pertama: Selepas mencuci kulit muka dengan bersih, ambil yogurt dan lumur pada muka dan bilas dengan air

(*)Cara Kedua: Ambil yogurt dan lumur ke seluruh muka, baring dan biarkan kering selama beberapa minit, cuci dan bilas sehingga bersih.


EmoticonEmoticon