Saturday, 26 March 2016

5 Penyebab Kulit Anda Bermasalah

Tags


Ada banyak faktor yang membuatkan anda mengalami masalah kulit wajah dan ianya mengikut jenis kulit wajah anda. Antaranya adalah:

1. Kulit Berminyak:

(*)Terjadi kerana bukaan pori-pori yang besar. Inilah yang berlakunya masalah jerawat & jeragat. Situasi kulit berminyak ada banyak faktor di mana kemungkinan adalah di sebabkan faktor keturunan.



2. Kulit Kering:

(*)Bukaan pori-pori kecil tidak kelihatan. Ini adalah di sebabkan kekurangan air dalam badan. Jika hal ini berterusan kemungkinan anda bakal menghadapi masalah kulit nanti.



3. Kulit Normal:

(*)Kulit yang jarang mempunyai masalah kerana kandungan minyak & sifat kering pada kulit adalah seimbang. Anda merupakan golongan yang bernasib baik kerana tidak mengalami simptom ini.


4. Kulit Kombinasi:

(*)Bahagian-bahagian tertentu kulit wajah yang diselaputi minyak. Merangkumi bahagian dahi, hidung, dan dagu. Bahagian lain pada wajah pula kering. Kulit jenis ini perlu sentiasa memerlukan penjagaan kulit wajah yang rapi, sama ada memakai krim anti jerawat atau memakai pencuci muka untuk kurangkan masalah tersebut.



5. Kulit Kusam:

(*)Akibat dari pendedahan cahaya matahari tanpa sebarang krim pelindung UV. Udara yang kotor akan menghasilkan toksin yang akan menyebabkan wajah kulit tidak sekata, bertompok-tompok dan kelihatan tidak sihat.

(*)Toksin yang dihasilkan oleh kulit sangat sensitif dan  cepat bertindak kepada sebarang perubahan udara dan faktor sampingan yang lain.Keadaan ini yang mendorong terjadinya kulit kusam,penyelesaian paling mudah adalah dengan menggunakan produk pemutih kulit.


EmoticonEmoticon