Sunday, 27 March 2016

Punca Anda Susah Untuk Buang Air Besar

Tags


7 Penyebab Anda Susah Buang Air Besar

1. Stress

(*)Stress boleh menjadi punca yang boleh menganggu sistem penghadaman adna. Ini adalah kerana ketika anda stress atau kurang tidur, ia akan mempengaruhi kesihatan sisteman saraf ‘enteric’ anda yang berada di dalam usus dan membuatkan anda menjadi susah untuk buang air besar.



2. Mengandung

(*)Kehamilan atau mengandung menjadi alasan umum kenapa seorang wanita itu susah buang air besar. Antara alasannya adalah disebabkan perubahan hormon, dan ditambah lagi dengan tekanan pada sistem ‘enteric’ dalam usus yang menganggu usus anda. Ketika mengandung, anda disarankan memperbanyakkan pengambilan serat.



3. Perjalanan Jauh

(*)Ketika anda melakukan perjalanan jauh atau berada di lokasi selain dari rumah anda, masalah susah buang air besar kerap terjadi. Ini adalah kerana perubahan kebiasaan dan pola makanan yang menyebabkan anda sukar buang air besar. Sebaiknya, bawalah bijirin gandum atau oatmeal ketika anda berjalan jauh.



4. Berhenti Bersenam

(*)Ketika anda sudah mempunyai pola hidup yang sihat dengan waktu bersenam yang teratur, sebaiknya diteruskan. Ada kajian yang mengatakan, sembelit boleh terjadi kepada mereka yang telah menghentikan jadual bersenam yang teratur.



5. Penyakit Tiroid

(*)Masalah tiroid juga boleh menjadi penyebab anda susah buang air besar. Ini adalah kerana tiroid mempunyai tugas untuk melepaskan hormon yang diperlukan untuk pelbagai proses kesihatan dalam tubuh termasuk sistem penghadaman. Tanpa hormon tersebut, usus anda akan lambat bekerja dan ia mempengaruhi proses pembuangan.



6. Dehidrasi

(*)Air sangat penting untuk mengoptimumkan kesihatan tubuh termasuk juga dengan kesihatan penghadaman. Air mampu mendorong keluarnya segala kotoran dari usus. Selain daripada pengambilan serat, anda juga perlu menitikberatkan soal pengambilan air putih.



7. Masalah Kesihatan Kronik

(*)Jika anda mengalami masalah susah buang air besar atau sembelit yang berterusan dan disertai dengan rasa sakit, ada baiknya anda membuat pemeriksaan doktor. Salah satu jenis penyakit yang mungkin anda hadapi ialah ‘irritable bowl syndrome’ yang menganggu kesihatan usus anda.


EmoticonEmoticon