Bahan-Bahannya ialah:
(*)350 gm tepung gandum
(*)1 sudu kecil yis segera
(*)4 sudu besar gula halus
(*)1/2 sudu kecil garam
(*)1 biji telur B
(*)125 ml susu cair suam
(*)1 sudu besar minyak
(*)Minyak untuk menggoreng secukupnya
(*)10 batang sosej- direbus sebentar dan ditoskan
Cara Membuatnya ialah:
(*)1. Larutkan yis bersama susu suam dan gula. Kemudian masukkan tepung, garam, telur dan minyak masak, gaul rata dan uli menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di jari.
(*)2. Tutup doh dengan kain lembab atau plastik dan biarkan selama 30 minit hingga mengembang.
(*)3. Kempiskan adunan di atas papan canai yang di tabur tepung. Timbang 40gm setiap satu dan bulatkan.
(*)4. Untuk doh lilit, gelekkan doh memanjang dan lilitkan pada sosej. Rehatkan selama 15 minit lagi hingga mengembang 2 kali ganda.
(*)5. Goreng di dalam minyak sederhana panas hingga keperangan. Angkat dan toskan minyak. Hidangkan.
EmoticonEmoticon