Sunday 27 March 2016

Resepi Kek Keju Lemon Tanpa Bakar

Tags


Bahan-Bahannya ialah:

(*)250 gm mentega
(*)1 paket biskut marie – dipatahkan dan dikisar hancur
(*)250 gm cream cheese
(*)1 1/4 tin susu pekat
(*)2 biji buah lemon – ambil jusnya
(*)Buah lemon untuk hiasan

Cara Membuatnya ialah:

(*)1. Mentega dimasukkan dalam kuali dan dicairkan. Kemudian,masukkan biskut yang dikisar tadi dan digaul hingga sebati.

(*)2. Selepas itu, masukkan adunan tersebut ke dalam loyang yang dialas dengan aluminium foil.

(*)3. Padatkan adunan tadi dalam loyang dengan menggunakan gelas yang digolek atas adunan tersebut. Biarkan sementara.

(*)4. Masukkan cream cheese dalam mixer bersama susu pekat serta jus lemon. Kisarkan hingga adunan sebati dan berbentuk cream.

(*)5. Akhir sekali,masukkan adunan tersebut ke dalam adunan biskut dalam loyang tadi.

(*)6. Hiaskan dengan susunan buah lemon/parutkan kulit lemon dan dihiaskan di atas permukaannya.

(*)7. Ratakan ia dan disimpan dalam peti sejuk 3-4 jam. Hidangkan.


EmoticonEmoticon