Tuesday 22 March 2016

Manfaat Kulit Pisang Yang Anda Perlu Tahu

Tags


Berikut adalah di antara beberapa manfaat kulit pisang:

Mengubati Jerawat

(*)Antara manfaat kulit pisang ialah untuk menyembuhkan jerawat di kulit secara efektif. Caranya juga sangat mudah, ambil pisang yang tidak terlalu masak dan terlalu muda. Setelah anda nikmati buah pisangnya, gosoklah kulit wajah yang berjerawat dengan kulit pisang tersebut perlahan namun menyeluruh ke wajah.

(*)Gunakan bahagian dalam kulit atau bahagian putihnya sahaja. Jika wajah anda terlalu banyak jerawat dan jerawat sedang membengkak, sebaiknya hancurkan kulit pisang terlebih dahulu kemudian ditambah dengan satu sudu teh madu dan jadikannya sebagai masker.

(*)Kandungan antioksidan pada kulit pisang ternyata boleh dijadikan alternatif untuk mengubati jerawat yang sedang seronok tumbuh di muka anda.



Memutihkan Gigi

(*)Ramai orang percaya bahawa kulit pisang boleh memutihkan gigi. Kenyataan ini ada kebenarannya, cuba gosok bahagian dalam kulit pisang pada gigi dengan gerakan memutar.Manfaat kulit pisang untuk memutihkan gigi ini boleh anda lihat setelah mempraktikkannya secara teratur dan telah dilakukan selama kurang lebih dua minggu.



Mencerahkan & Menghaluskan Wajah

(*)Sebagai wanita, sudah pasti anda mahu memiliki wajah yang cerah, bersih serta putih.Kini anda boleh memilikinya dengan menggunakan manfaat kulit pisang iaitu dengan menjadikannya sebagai masker. Di samping itu, jika kulit anda kasar dan kering, pakailah masker dengan menggunakan kulit buah pisang. Lakukannya secara rutin dalam beberapa minggu hingga kulit lebih terasa lebih cerah, halus dan lembut.


Menghilangkan Kutil pada Kulit

(*)Manfaatkan kulit pisang dengan menggosoknya secara teratur pada kulit yang terkena kutil pada malam hari. Hasilnya dalam beberapa minggu kutil tersebuh akan hilang.



Mencegah Penuaan

(*)Semakin bertambahnya usia akan membuat kulit menjadi berkedut serta munculnya garis-garis halus, namun anda boleh atasinya dengan manfaat kulit pisang. Caranya, keruk bahagian dalam kulit pisang, masukkan dalam mangkuk dan tambahkan satu sudu teh madu.

(*)Aplikasikan pada wajah dan leher serta bahagian-bahagian yang mula nampak garis-garis halus atau kedutan. Biarkan selama 15 minit kemudian bersihkan dengan tuala lembut dan bersih yang sudah di rendam dengan air suam.Lakukan 3 kali seminggu.


EmoticonEmoticon