Tuesday 22 March 2016

Resepi Puding Laici Yang Menyelerakan

Tags

Bahan-bahannya ialah:

(*)5 gram serbuk jelly
(*)2 ½ cawan air
(*)200 ml susu sejat
(*)4 sudu gula pasir
(*)1 tin laici (kisar 1 1/2 ½ isinya)
(*)1 helai daun pandan


Cara memasanya ialahk:

(*)Masukkan gula dan sernuk jelly ke dalam periuk yang berisi air. Kacaukan sehingga serbuk jelly tadi larut.

(*)Selepas itu, masukkan semula daun pandan dan masak dengan api sederhana sehingga mendidih. Matikan api.

(*)Masukkan susu cair dan isi laici yang dikisar tadi. Kacau dan tuang ke dalam bekas sesuai. Biarkan hingga hilang wap panas. Simpan dalam peti sejuk selama 2 hingga 3 jam.

(*)Hidangkan bersama hirisan laici yang lebih tadi. Jika anda inginkan puding anda berkuah, tuangkan air laici dalam tin tadi sebagai penambah rasa.



Info Extra!

Khasiat Laici yang anda tidak tahu

(*)Kaya dengan vitamin C dan mempunyai kandungan rendah lemak dan kolestrol.

(*)Mengandungi jumlah mineral yang sangat baik seperti kalium.

(*)Buah laici mampu mengekalkan kesihatan dan mengawal masalah berat badan.

(*)Potassium dalam laici membantu mengawal kadar jantung dan tekanan darah, dengan itu, ia menawarkan perlindungan terhadap penyakit jantung strok dan koronari.

(*)Kaya dengan tembaga yang penting untuk proses hemoglobin dimana ia bergabung dengan zat besi untuk menghasilkan sel darah merah yang sihat.

(*)Buah laici melindungi kulit daripada sinaran UV yang berbahaya.Dipercayai mengandungi oligonol yang berfungsi sebagai anti-oksida dan anti-selesema


EmoticonEmoticon