Berikut adalah cara membersihkan permaidani atau karpet yang betul:
(*)1. Elakkan permaidani terkena sinaran cahaya matahari secara langsung kerana ia boleh membuatkan warna permaidani menjadi pudar.
(*)2. Ubah kedudukan permaidani secara rutin, paling lama dua bulan sekali.
(*)3. Jika anda membeli permaidani yang baru, pastikan anda tidak terlupa untuk meminta bantuan jurujual supaya ‘mengangin-anginkan’ ia. Permaidani yang masih baru biasanya memiliki bau yang tidak sedap.
(*)4. Untuk menjaga permaidani agar tetap bersih daripada habuk atau debu, pastikan enam bulan sekali anda membersihkannya dengan menggunakan ‘vacum cleaner’.
(*)5. Anda juga boleh menggunakan pembersih semburan untuk membersihkan permaidani. Pastikan anda tidak membeli pembersih semburan yang boleh merosakkan warna permaidani. Semburkan ke semua bahagian permaidani dalam satu arah sahaja. Setelah ia merata, gunakan span untuk menyikatnya. Biarkan ia kering dan gunakan kembali ‘vacum cleaner’ untuk mendapatkan hasil yang lebih baik.
(*)6. Jika permaidani tersebut terlalu berhabuk atau berdebu, cara terbaik yang boleh anda gunakan ialah hantar dobi! Habuk yang terdapat di dalam bahagian permaidani tidak memadai dengan menggunakan ‘vacum cleaner’ ya.
EmoticonEmoticon