Saturday, 26 March 2016

Resepi Ayam Goreng Popcorn Lazat

Tags


Bahan-Bahannya ialah:

(*)500 gm dada ayam | dipotong dadu
(*)2 ulas bawang putih| dikisar
(*)½ sudu teh garam
(*)¼ sudu the serbuk lada hitam
(*)½ cawan tepung
(*)2 ½ cawan emping jagung | dikisar kasar
(*)¼ sudu teh paprika
(*)¼ sudu teh serbuk lada sulah
(*)¼ cawan mentega
(*)2 biji telur | dipukul
(*)3 cawan minyak masak


Cara Memasaknya ialah:

(*)1. Masukkan ayam, bawang putih, garam dan serbuk lada hitam ke dalam mangkuk. Gaul rata dan perap selama 30 minit. Ketepikan seketika.

(*)2. Di dalam mangkuk berlainan, satukan emping jagung, serbuk paprika, sedikit garam dan serbuk lada sulah. Gaul rata.

(*)3. Ambil ayam dan gaulkan di dalam mangkuk tepung hingga rata.

(*)4. Kemudian celupkan ke dalam bancuhan telur dan sadurkan kembali dengan bancuhan emping jagung tadi.

(*)5. Panaskan minyak masak dan tambahkan mentega ke dalamnya. Biarkan mentega cair.

(*)6. Apabila minyak telah panas, goreng ayam sehingga bertukar warna keemasan. Ulang proses sehingga habis.

(*)7. Toskan minyak dan sedia un tuk dihidangkan.


EmoticonEmoticon