1. [!]Perubahan hormon
[!]Mungkin sibuk uruskan anak, itu yang sampai tangguhkan waktu makan. Ini yang buat ketidakseimbangan hormon di dalam tubuh. Lagi parah membuatkan pertambahan berat badan dan terpaksa berdepan dengan situasi mudah berasa tertekan dan pening kepala
2. [!]Masalah pencernaan
[!]Makanlah tiga hari sekali bagi mendapatkan tubuh dan tahap kesihatan yang konsisten. Pastikan menu yang diambil seimbang dan bernutrisi . Hal ini amat penting agar fungsi sistem pencernaan berjalan lancar dan teratur.
3. [!]Naik berat badan
[!]Kalau nak menurunkan berat badan dengan cara 'mencuri' waktu makan, itu cara yang salah! Ini hanya akan mengganggu perjalanan sistem tubuh dan akhirnya menjadikan berat badan anda semakin bertambah.
4. [!]Mudah penat
[!]Pola pemakanan yang tidak teratur akan melambatkan sistem metabolisme dalam badan. Kesannya, anda mudah berasa penat apabila melakukan sebarang kerja. Ini akan mempengaruhi fungsi normal dari keseleuruhan sistem tubuh yang biasa berjalan dengan baik.
5. [!]Penghidap diabetes kena jaga-jaga
[!]Kalau ada penyakit diabetes, menangguhkan waktu makan hanya akan menimbulkan kesan buruk pada kesihatan tubuh. Kurangnya sumber glukosa dalam badan boleh membuatkan keadaan kesihatan bertambah buruk.
6. [!]Jejaskan kesihatan otak
[!]Tahukah anda bahawa glukosa berfungsi sebagai bahan bakar kepada otak. Kalau anda menangguhkan waktu makan, kandungan glukosa dalam badan mula berkurang. Secara tidak langsung ini menjejaskan perkembangan otak dan membuatkan kurang berfungsi dengan baik.
EmoticonEmoticon