Monday, 29 February 2016

Resepi Roti Cinnamon Roll Sedap

Tags


Bahan-bahan yang perlu anda sediakan ialah:

(*)3/4 cawan susu segar
(*)1/4 cawan majerin – suhu bilik
(*)3 1/4 cawan all-purpose flour
(*)1 (.25 ounce) package instant yeast
(*)1/4 cawan gula halus
(*)1/2 sk garam
(*)1/4 cawan air
(*)1 telur

Bahan-bahan untuk Filling:

(*)1 cawan gula perang
(*)1 sb serbuk cinnamon (Kayu Manis)
(*)1/2 cawan majerin – suhu bilik
(*)1/2 cawan kismis (jika perlu)

Cara-cara untuk Membuatnya ialah:

1. (*)Panaskan susu di dalam kuali/pan, angkat. Masukkan majerin dan dikacau rata sehingga majerin cair. Ketepikan sehingga menjadi suam.

2. (*)Di dalam mangkuk besar, satukan 2 1/4 cawan tepung, yis, gula dan garam. Kacau rata. Tuang air, telur dan bancuhan susu dan dikacau rata rata lagi.

3. (*)Tambahkan baki tepung dalam 1/2 cawan pada satu satu masa dengan dikacau rata setiap kali memasukkannya.

4. (*)Bila doh telah sebati dan boleh ditarik, pindahkan ke atas papan yang telah ditabur tepung dan uli sehingga sebati selama 5 minit.

5. (*)Tutup doh dengan kain lembab dan ketepikan selama 10 minit.

6. (*)Sementara itu, menggunakan mangkuk kecil, satukan serbuk cinnamon, gula dan majerin yang telah dilembutkan pada suhu bilik.

7. (*)Bentukkan doh sehingga menjadi bentuk empat segi (saiz 12×9 inci). Sapu adunan majerin/gula atas doh. Taburkan kismis jika suka.

8. (*)Gulung dan seal kan hujung sekali dengan disapu air pada doh supaya melekat. Potong sebanyak 12 gulung sama saiz dengan bermula 2 bahagian, potong lagi 2 bahagian setiap satu dan seterusnya.

9. (*)Susun di dalam loyang yang telah disapu majerin. Ketepikan dan biarkan dalam 30 minit sehingga doh naik lagi sekali ganda.

10. (*)Panaskan oven pada suhu 190C dan bakar selama 20 minit atau sehingga keperangan.

11. (*)Boleh dihidangkan bersama krim atau susu pekat/cair.


EmoticonEmoticon