apa itu rekahan atau stretch marks ? Semak di sini.
(••) Berlaku terutamanya di bahagian perut
(••) Kulit perut meregang dan pecah-pecah berjalur yang meninggalkan tanda tidak seronok dipandang.
(••) Rekahan mula kelihatan pada trimester kedua atau ketiga. Maksudnya muncul pada bulan keempat atau kelima.
(••) Kandungan semakin besar membuatkan tahap regangan juga semakin besar.
(••) Rekahan ini turut bergantung kepada beberapa faktor seperti jenis kulit, keturunan, pemakanan dan penghidratan kulit.
(••) Awasi faktor ini; perubahan hormon ketika hamil menyebabkan tisu di bawah kulit menjadi lemah. Begitu juga, pertumbuhan dan pembesaran rahim meregangkan tisu di bawah kulit serta menyebabkan keadaan kulit perut pecah.
(••) Tanda rekahan pada kulit turut mengalami masalah. Tak perlu risau kerana anda boleh mengatasi masalah perubahan warna kulit atau kulit menjadi lebih gelap di kawasan-kawasan tertentu sama ada di bahagian muka atau leher.
Petua orang lama lama:
1. (••)Perah air limau nipis ke atas sedikit kapur sirih. Bancuh hingga sebati dan sapu ke perut. Balut dengan bengkung. Amalkan setiap kali selepas mandi.
2. (••)Ramas sedikit air asam dengan kapur atau ragi. Campurkan sedikit air dan gaul hingga sebati. Sapu pada perut ketika hendak tidur malam.
3. (••)Masak santan kelapa hingga pecah minyak. Sapukan di perut sejak awal kehamilan lagi.
4. (••)Campur 1 sudu besar kapur sirih, 20 titik minyak kayu putih dan 1 sudu besar air limau nipis. Sapu pada perut setiap kali selepas mandi sepanjang waktu berpantang.
EmoticonEmoticon