Bahan-bahan yang perlu anda sediakan ialah:
[""]1 kg beras pulut
[""]2 cawan santan (1 biji kelapa)
[""]1 sudu makan serbuk kunyit
[""]1 sudu teh gula
[""]1 sudu teh garam
[""]2 helai daun pandan (disimpul)
Cara-cara untuk Membuatnya ialah:
1. [""]Basuh beras pulut dan rendamkan dengan serbuk kunyit yang telah dibancuh selama 4 atau 5 jam.
2. [""]Toskan dan masukkan ke dalam kukusan yang berlubang. Kukus sehingga naik wap. Campurkan santan dengan gula dan garam. Kacau sebati.
3. [""]Keluarkan pulut dan masukkan ke dalam mangkuk besar. Tuangkan santan dan kacau rata.
4. [""]Masukkan semula pulut dalam kukusan bersama daun pandan dan kukus lagi sehingga naik wap.
5. [""]Keluarkan pulut dan tekan dalam acuan atau loyang. Potong dan hidangkan bersama kari ayam, ayam goreng berempah dan sebagainya.
Tip Penting :
[""]Jika pulut kurang lembut, boleh tambahkan sedikit santan lagi.
EmoticonEmoticon