Thursday, 2 February 2017

"Saya Nak Sangat Tengok Dia Dapat Bersekolah Macam Remaja Normal Yang Lain" -Hasrat Seorang Bapa..


[#]KL"Saya tidak henti berdoa supaya dia kembali sihat dan pulih. Biarpun apa yang akan terjadi, saya tidak akan putus asa dan akan menjaganya hingga akhir hayatnya.”
.
,
[#]"Saya nak sangat tengok dia dapat bersekolah macam remaja normal lain tapi nak buat macam mana, sampai sekarang ini, dia masih tak mampu buat apa-apa selain hanya terlantar." Luahan Azmi Jaafar, 55 tahun, yg tabah memelihara anak bongsunya yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) sejak kira-kira 12 tahun lalu.
.
,
[#]Azmi berkerja sebagai tukang cuci di Sekolah Rendah Kampung Selamat, Tasek Gelugor, Pulau Pinang, dan beliau mempunyai 4 anak berusia 32 hingga 13 tahun dan seorang daripada mereka, Haikal Azmi, 13, menghidap kelumpuhan otak atau Cerebral Palsy (CP) sejak usianya setahun.
.
,
[#]"Ketika anak beliau dilahirkan normal seperti bayi lain tetapi ketika usianya setahun dia diserang demam panas sehingga menyebabkannya terlantar di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Seberang Jaya.
.
,
[#]"Selepas tempoh itu, anak bongsu saya disahkan oleh doktor lumpuh sebelah badan dan menghidap CP. Ketika itu saya juga dimaklumkan pihak hospital, Haikal tidak akan pulih sampai bila2. Luluh jantung saya ketika itu, hanya Allah SWT saja yg tahu apa yang saya rasa," katanya.
.
,
[#]Azmi berkata, selepas anaknya dibawa pulang ke rumah, dia mendapatkan rawatan lanjut ke hospital berhampiran menaiki motosikal kerana tiada lesen kereta.
.
,
[#]"Kini Haikal semakin dewasa dan saya juga tidak membawanya ke hospital lagi sejak dua tahun lalu kerana selain masalah pengangkutan, dia juga susah naik motosikal sebab kakinya membengkok. Nasib baik dia tidak diserang demam berpanjangan, kalau ada pun, dua tiga hari demam itu sudah baik," katanya.
.
,
[#]Menurutnya, pendapatannya juga sebagai tukang cuci hanya RM900 sebulan dan tidak mampu menanggung kos rawatan yang dianggarkan mencecah lebih RM1,000 sebulan.
.
,
[#]"Sejak dua tahun lalu, saya tidak menghantarnya berjumpa doktor . Saya juga pakaikan lampin pakai buang dan Haikal juga mampu makan seperti biasa. Cuma, makan makanan yang dikisar saja.
.
,
[#]"Anak saya juga menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300 dan bantuan zakat RM300. Bantuan itu saya gunakan untuk keperluan hariannya," katanya.
.
,
[#]Sehingga kini Azmi berharap anak bongsunya itu kembali sihat serta dapat bersekolah seperti remaja normal lain.
.
,
[#]"Haikal sangat manja dengan saya, malangnya dia hanya mampu terlantar saja. Kasihan saya melihat keadaannya begitu," katanya.
.
,
Sumber HARIAN METRO


EmoticonEmoticon