Antara Punca-Punca Wanita Akan Berlaku Curang Dengan Pasangan
Di Bawah Adalah Sebab-Sebab Wanita Akan Berlaku Curang
#Pertama : Masalah Kewangan
- [##]Apabila sesebuah keluarga itu berhadapan dengan masalah kewangan, proses komunikasi di antara suami isteri akan bertambah rumit. Isteri akan terasa terbeban sehingga menyebabkan tekanan perasaan berlaku sehingga memilih untuk menduakan suaminya.
#Kedua : Balas Dendam
- [##]Kaum wanita sebenarnya lebih kuat memendam perasaan mereka berbanding lelaki. Jika suami pernah berlaku curang, rasa sakit hati, marah, kecewa yang dipendam hasil dari kecurangan yang dilakukan suami akan menjadi dendam. Untuk menghilangkan segala perasaan yang dipendam, wanita yang pernah dicurangi biasanya lebih berkemungkinan membalas semula apa yang telah dilakukan terhadap dirinya.
#Ketiga : Hilang Persefahaman
- [##]Jika tiada persefahaman, kerap bergaduh untuk hal yang remeh dan gemar melukakan hatinya, wanita akan mula berasa bosan dan mula berniat untuk mencari yang lain.
#Keempat : Terlalu Sibuk Dengan Kerjaya
- [##]Bagi isteri yang bergelar suri rumah sepenuh masa pula akan berasa tertekan dengan tindakan suaminya yang terlalu sibuk dengan kerjanya. Jadi tidak hairanlah, jika isteri yang sanggup mencari peneman di laman sosial di kala kesunyian.
#Kelima : Naluri Liar
- [##]Seperti lelaki, kaum wanita juga sebenarnya mempunyai naluri liarnya sendiri. Walaupun naluri liar tersebut tersembunyi dibalik kelembutan dan sopan santun wanita namun jika keadaan tidak seperti yang dimahukan, naluri tersebut pasti akan memberontak dan menunjukkan kehebatannya. Iyalah, jika lelaki boleh, kenapa tidak wanita. Fikirkan ya.
#Keenam : Suami Mementingkan Diri
- [##]Jangan terlalu pentingkan diri sehingga hati isteri anda terluka. Cuba belajar untuk menghargai dirinya.
#Ketujuh : Terlalu Ego
- [##]Cubalah buang sedikit perasaan ego dan sesekali anda pula beralah demi menjaga hati orang tersayang. Tak bawa ke mana sebuah hubungan itu jika ego terlalu tinggi.
#Kelapan : Tidak Puas Seks
- Rata-rata lelaki sebenarnya mengambil remeh tentang ini. Wanita sebenarnya ingin merasa dirinya diperlukan dan dihargai oleh pasangan. Janganlah pada awal perkahwinan sahaja ada rasa ‘geram’ dekat isteri, tetapi bila dah lama isteri mahu bermanja pun marah. Sebab itu wanita curang.
#Kesembilan : Kemesraan Semakin Hambar
- [##]Wanita mempunyai naluri yang suka dimanja dan dipuji walaupun tak ditunjukkan secara zahir. Sikap suami yang dirasakan kurang melayani dirinya membuatkan wanita mudah tergoda dengan kemesraan dari luar, misalnya dari rakan sekerja ataupun kenalan barunya.
EmoticonEmoticon