Wednesday, 1 February 2017

Panduan Untuk Mengerjakan Solat Jenazah Bagi Lekaki. [ Baca Dan Sebarkan..!!]

Tags


Panduan Untuk Mengerjakan Solat Jenazah Bagi Lekaki.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang di rahmati Allah..

Cara ringkas untuk solat jenazah ... Belajar lah wahai lelaki..apakah kau tak malu bila tak pandai nak solat untuk ahli keluarga lebih2 lagi untuk mak atau ayah meninggal .. Itu sahaja lah penghormatan yg terakhir buat insan yg membesarkan dan menjaga kita ...

Cara Ringkas Solat / Sembahyang Jenazah :

Yang Pertama : Angkat Takbir "Allahuakbar" & Niat dalam hati :
[#] Sahaja aku solat jenazah terhadap mayat ini, 4 takbir, fardhu kifayah kerana Allah Ta’ala.
[#] Jadi makmum? tambah "sebagai makmum kerana Allah Taala"
[#] Baca Alfatihah hingga akhir


Yang Kedua : Angkat Takbir Kedua "Allahuakbar"
[#] Baca : Allahumma solli a'la Muhammad wa a'la ali Muhammad
[#] Pendek pun takpa, paling elok selawat ibrahimiah macam dalam tahiyyat akhir


Yang Ketiga : Angkat Takbir Ketiga "Allahuakabar"
[#] Baca doa (pendek pun takpa, panjang lagi bagus) contoh dibawah ni :
[#] Allahummargh firlahu warhamhu (untuk mayat lelaki)
[#] Allahummargh firlaha warhamha (untuk mayat perempuan)
[#] Untuk mayat kanak-kanak yang belum baligh, tidak dibacakan doa ini kerana mereka masih tidak dikira dosa pahala oleh malaikat. ada doa lain di link bawa (al azkar)


Yang Keempat : Angkat Takbir Ke Empat "Allahuakbar"
[#] "Assalamualaikum warahmatullah " Beri Salam kanan n kiri
[#] Selesai


P/S : Jika jadi makmum, ikutlah di belakang imam, berdiri rapat rapat. dan ikutlah jugalah rukun di atas. Cukup rukun makalah sah lah solat tersebut. Semoga ia jadi penghormatan terbaik buat jenazah
[#]1001 Sirah Nabi Muhammad[#]


EmoticonEmoticon