Wednesday, 1 February 2017

DOA UNTUK ELAKAN KECEDERAAN TERUK KETIKA DITIMPA KECELAKAAN/KEMALANGAN. [ BACA, AMAL DAN SEBARKAN ]

Tags

Gambar sekadar hiasan

DOA UNTUK ELAKAN KECEDERAAN TERUK KETIKA DITIMPA KECELAKAAN/KEMALANGAN. [ BACA, AMAL DAN SEBARKAN ]

[#]Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

[#]Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

[#]Sahabat yang di rahmati Allah..

[#]Doa ini telah diamalkan oleh "admin" sebelum memasuki tentera sehinggalah sekarang sebelum memulakan sesuatu perjalanan atau pekerjaan yang bahaya. Doa ini telah diberi oleh arwah semasa dia hidup.

"Katanya jika berlaku sesuatu, engkau sempat mengucap dua kalimah syahadah sebelum ajal. "Jika selamat dalam kemalangan, akan tiada sebarang calar atau kecederaan pada anggota tubuh badan".

لا حول عن معصية الله إلا بعصمته، ولا قوة على طاعته إلا بمعونته

“Tidak daya dan tiada kekuatan melainkan dengan izin-Mu. Ya Allah Yang Maha Tinggi Yang Maha Agung"

[#]Tetapi memang benar, admin pernah mengalaminya ketika dahulu pada tahun 1992 semasa kemalangan jalanraya di Jalan Sidam Kanan ke Padang Serai. Kereta berpusing beberapa kali sebelum melanggar tiang letrik dan terus jatuh ke dalam parit yang dalam. Kereta di "Write Off" oleh pihak insurance kerana tak boleh diperbaiki lagi. Tiada sebarang calar atau patah. Alhamdulillah.

[#]Baca doa ini selepas membaca Doa Menaiki Kenderaan. Bukanlah kebal atau kuat tetapi Allah SWT telah memelihara hamba-Nya dari sebarang kecederaan.  Wallahualam.


EmoticonEmoticon