Friday, 20 January 2017

Rasia Paling Mudah Untuk Membuat Ikan Cencaru Bakar Bercili

Tags


Rasia Paling Mudah Untuk Membuat Ikan Cencaru Bakar Bercili


#Bahan yang diperlukan :

  • []3 ekor ikan cencaru
  • []3 helai daun limau purut
  • []4 sudu cili kisar
  • []6 biji bawang merah *
  • []2 ulas bawang putih*
  • []2 batang serai, hiris halus*
  • []3 biji buah keras*
  • []1/2 cm hirisan lengkuas*(* dikisar)
  • []2 sudu besar jus asam jawa
  • []garam secukup rasa
  • []daun pisang


#Cara membuatnya :

  • []Panaskan minyak dan tumis bahan kisar  hingga wangi. Kemudian masukan cili kisar dan daun limau purut. Masak hingga terbit minyak.
  • []Kemudian masukan jus asam jawa, letakan garam secukup rasa dan masakan sambal hingga pekat. Angkat dan ketepikan.
  • []Ikan cencaru di cuci bersih dan toskan. Ambil 2 helai daun pisang, sapukan sedikit sambal atasnya kemudian letakan ikan diatasnya, letakan sedikit sambal diatas ikan.
  • []Kemudian bakar ikan diatas kuali leper dan tutup atas dengan tudung periuk dan bakar selama 20 minit  atau sehingga ikan masak. ( Boleh juga dibakar didalam oven atau bara api, guna pemanggang ajaib lagi senang kan :P )
  • []Setelah masak hidangkan dengan perahan limau kasturi.

Selamay mencuba guyss..


EmoticonEmoticon