Thursday, 26 January 2017

Memudahkan Perkahwinan Itu Bagus, Tapi Kalau Ambil Mudah Perkahwinan Dah Rumahtangga, Itu Bahaya Dan Berdosa.

Tags

Gambar Hiasan

Memudahkan Perkahwinan Itu Bagus, Tapi Kalau Ambil Mudah Perkahwinan Dah Rumahtangga, Itu Bahaya Dan Berdosa.


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang di rahmati Allah..

Memudahkan perkahwinan itu bagus, tapi kalau ambil mudah perkahwinan dah rumahtangga, itu bahaya dan berdosa.

Macamana yang kata ambil mudah rumahtangga ni?

Suami tak bagi nafkah, tak sediakan rumah, tak beli lauk pauk rumah, tak beli beras, tak merancang keluarga hingga anak berderet-deret tak ada selang langsung hingga terabai hak kasih sayang anak dan kesihatan isteri, buat tak hairan dengan pakaian anak isteri, isteri tak jaga rahsia suami, anak dibiarkan dididik oleh YouTube, hubungan dengan mertua tak selesai dan macam-macam lagi.

Ada ke macam ni?

Adaaaaaa, lebih dari ada.

Rumahtangga tak selesai, masyarakat akan pincang, bila masyarakat pincang, negara akan hilang kualiti.

Jangan pandang enteng rumahtangga yang kukuh dan bahagia, ia tak akan datang sendiri, kena belajar, kena diusahakan.


EmoticonEmoticon