Gambar Sekadar Hiasan
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
.
.
Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
.
.
Sahabat yang di rahmati Allah..
.
.
Dulu, kalau anak-anak muda tanya saya, boleh atau tidak berkahwin ketika belajar, terutama jika berada di luar negara, jawapan saya mungkin akan lebih pada menggalakkan.
.
.
Itu qaul qadim (pendapat lama). Telah saya mansuhkan pendapat ini.
.
.
Hari ini, kalau ada yang bertanya, berkenaan berkahwin ketika belajar, saya akan kata, tangguhkan dulu hasrat sehingga habis belajar dan mempunyai upaya untuk mencari pekerjaan buat menyara anak isteri.
.
.
Khas buat siswa siswi yang berada di luar negara, ataupun di dalam, tamatkan pelajaran dengan segera, balik ke tanahair, cari pekerjaan atau bekerja sendiri, kemudian baru buka pintu untuk perkahwinan.
.
.
Umur 24, 25 tahun, tidaklah lambat sangat. Tahan sedikit nafsu dengan berpuasa dan menyibukkan diri dengan kerja-kerja sosial.
Serabut perut bila tengok banyaknya masalah pasangan yang berkahwin ketika belajar, balik ke Malaysia tak selesai-selesai.
.
.
Dengan yang tangguh pelajaran kerana mengandung, atau berendam air mata menahan rindu, sibuk mengurus rumahtangga hingga pelajaran terabai, ataupun sebaliknya. Bahaya berkahwin dalam keadaan tidak matang bersedia.
.
.
Ada yang bagus, tidak dinafi, tapi dengan karakter anak-anak zaman sekarang, elok sabar sikit.
.
.
Kahwin itu bukan semata-mata untuk seronok-seronok, untuk melampiaskan nafsu tapi ia adalah berkenaan memikul tanggungjawab, menyediakan rumah, makan, pakai buat anak isteri.
.
.
Tulang rusuk tak tulang rusuk, kalau kahwin tapi tak reti nak sara anak isteri, memang tak boleh pakai.
.
.
Dipetik dari Facebook Hisham Sharif
EmoticonEmoticon