(**)Perkara yang agak menjengkelkan adalah pabila tubuh kita menjadi mangsa gigitan nyamuk tanpa henti. Gigitannya yang meninggalkan kesan bintat serta gatal sekaligus menjadi punca kulit calar dek kerana tidak henti menggaru.
(**)Usah biarkan ia berlanjutan kerana lambat laun menyebabkan seluruh tubuh mempunyai kesan calar. Jadi, EH! singkap kaedah semula jadi untuk melegakan gatal gigitan nyamuk yang boleh anda cuba di rumah.
(**)Daun Lidah Buaya
(**)Ia mengandungi lebih dari 300 kompaun aktif dan 30+ asid amino yang banyak kebaikannya untuk kulit. Ia juga dikatakan agen antiseptik yang baik dalam melegakan kegatalan akibat gigitan nyamuk. Daun ini membantu untuk mengurangkan kesan sakit, gatal atau lebam. Potong sebahagian kecil daun lidah buaya dan sapukan lendirnya ke atas bintat.
(**)Madu
(**)Madu mengandungi antibakteria dan menghalang masalah radang. Ia juga baik untuk melegakan kesan gatal pada kulit akibat gigitan serangga. Letakkan setitik madu pun sudah mencukupi untuk satu kesan gigitan nyamuk. Ulang cara yang sama beberapa kali sehingga kesan gatal dan bintat mula surut.
(**)Bawang Putih
(**)Bawang putih adalah remedi semula jadi untuk mengatasi masalah gigitan nyamuk. Tidak hanya mampu menghilangkan kesan bintat dan gatal, malah ia juga baik untuk menghalang masalah tersebut lebih awal. Nyamuk dan serangga lainnya tidak tahan dengan bau bawang putih itu sendiri. Jika anda digigit serangga atau nyamuk, sapukan bawang putih yang telah dicincang ke atas kesan gatal tersebut. Biarkan ia selama beberapa minit dan kemudiannya cuci.
(**)Ais
(**)Ais juga merupakan salah satu kaedah mudah untuk melegakan kesan gatal. Suhu sejuk membantu mengurangkan masalah keradangan akibat gigitan tersebut. Letakkan ais ke dalam tuala kecil dan tuam pada bahagian kulit yang mempunyai gigitan nyamuk selama 15 minit.
(**)Serbuk Penaik
(**)Serbuk penaik mengandungi kompaun alkali yang mana membantu untuk meneutralkan tahap pH keseimbangan kulit. Ia mengurangkan kesan radan di sekitar gigitan tersebut dan sekaligus melegakan kegatalan. Hanya perlu tambahkan sesudu serbuk penaik dengan sedikit air untuk menjadikannya pes. Sapukan pesa tersebut ke atas kesan gatal dan cuci.
EmoticonEmoticon