Tuesday, 10 January 2017

Jenis Makanan Melambatkan Proses Penuaan (Bukan Tentang Kulit Saja)

Tags


(**)Orang kata lebih baik bertindak awal sebelum terlambat. Sama seperti masalah penuaan yang tidak mustahil boleh berlaku awal pada setiap orang.

(**)Jadi, seeloknya kita bertindak lebih awal dengan mengamalkan penjagaan kesihatan yang baik serta pengambilan jenis makanan yang melambatkan proses penuaan itu dari berlaku.

(**)Lobak Merah
(**)Ternyata yang lobak merah adalah makanan yang baik untuk kesihatan tubuh. Tapi tahukah anda bahawa ia tidak hanya memanjangkan hayat, malah juga membantu anda untuk tampak sentiasa muda lebih lama? Ya, kalau anda mahukan kulit dan tubuh yang muda sentiasa, amalkan pengambilan lobak merah dalam menu makan setiap hari.

(**)Kelapa
(**)Kelapa terbukti melambatkan proses penuaan otak. Ia melindungi DNA kita dari rosak akibat masalah penuaan.

(**)Buah Delima
(**)Buah ini juga dikatakan baik dalam melambatkan masalah penuaan. Bahkan kajian juga mendapati yang mampu memanjangkan hayat seseorang.

(**)Ubi keledek
(**)Kajian di Kansas State University mendapati yang mana rona ungu di dalam ubi keledek manis mengandungi kadar anthocyanin yang tinggi, yang mana sejenis kompaun yang mengurangkan risiko penyakit kanser dan memanjangkan hayat seseorang.

(**)Ikan Sardin
(**)Kandungan asid lemak Omega-3 mempunyai kelebihan dalam memanjangkan hayat dengan membantu mengurangkan penyakit jantung dan diabetes.


EmoticonEmoticon