#Seorang wanita maut keracunan alkohol dan tercekik muntah sendiri selepas dicabar meminum arak dalam kuantiti tinggi oleh rakanrakannya.#
#Laporan Dailymail mengatakan wanita tersebut dicabar meminum arak yang dikenali sebagai Baijiu yang mengandungi 40 hingga 60 peratus kandungan alkohol. Mangsa yang dikenali sebagai Yang kemudian pitam dan terpaksa dipapah keluar dan dibawa ke hospital dalam kejadian 11 September lepas berkenaan.#
Doktor mengesahkan Yang meninggal dunia 40 minit selepas kejadian.
#Sementara itu, sebuah rakaman yang dimuatnaik ke laman Youtube menunjukkan Yang menyahut cabaran kawankawannya yang ketika itu sedang meraikan sebuah perkahwinan. Yang kemudian pitam sebelum dipapah oleh rakanrakannya yang masih bergelak ketawa.#
EmoticonEmoticon