Orang kata, kalau muka suami isteri wajah seiras ni jodoh panjang.#
Pelik kan, macam-mana wajah suami isteri boleh seiras? Apa puncanya?
Rupanya isu ini pernah dibincangkan oleh pakar psikologi dan ini sebabnya macam mana wajah suami isteri boleh jadi seiras.#
1. Wajah hampir sama kerana kerap bersama
Menurut kajian psikologi, semakin kerap pasangan bersama, semakin mirip wajah mereka. Ini kerana cara hidup mereka sudah menyatu dan mempengaruhi satu sama lain.#
Mereka juga cenderung untuk mengikut cara hidup orang yang dicintai. Makin banyak persamaan baik semakin mirip antara satu sama lain.#
2. Sebenarnya dari awal lagi kita cari pasangan wajah seiras
Apabila mencari pasangan, secara tak sedar kita sebenarnya mencari seseorang yang mempunyai persamaan, termasuklah wajah dan penampilan.#
Biasanya kita akan tertarik dengan seseorang yang hampir sama dengan kita. Otak juga memainkan peranan dalam hal ini.#
3. Emosi boleh ubah karakter wajah
Pakar psikologi sosial, Robert Zajonc mencetuskan konsep social facilitation pada tahun 1965. Ia merupakan jawapan kenapa wajah suami isteri boleh jadi seiras.#
Manusia mempunyai empati, biasanya emosi dan reaksi yang ditunjukkan disesuaikan dengan orang berada dekat dengannya. Dan otot-otot wajah berubah mengikut emosi.#
Kredit: Mingguan Wanita
EmoticonEmoticon