Saturday 19 November 2016

Resepi Telur Bistik Mudah dan Sedap

Tags



Bahan-Bahan

(**)3 biji telur - dipukul sedikit
(**)5 biji cili padi - cincang halus
(**)2 ulas bawang putih -  cincang halus
(**)1 biji bawang besar - potong dadu
(**)1 camca besar sos tomato
(**)1 camca besar sos tiram
(**)1 1/2 camca besar sos cili
(**)1/3 cawan daging cincang
(**)1 camca besar mayonaise
(**)1/2 kiub pati daging lembu
(**)sedikit Sos Ikan
(**)sedikit air
(**)sedikit serbuk lada hitam
(**)1/4 cawan mix vege (jagung, kacang pis, karot)
(**)1/2 inci halia - cincang halus

Bahan Hiasan

(**)hirisan daun bawang
(**)cili merah - buang biji dan potong kecil

Cara Membuat Telur Bistik Sedap

(**)1. panasan minyak, kemudian tumis cili padi, bawang putih, halia, dan bawang besar hingga harum. bila sudah harum masukan sos tiram dan kacau rata.

(**)2. tambahkan daging cincang dan kiub daging (opsyenal) kemudian masukan sedikit air dan kacau rata. masak sekejap.

(**)3. masukan sos tomato bersama dengan sos cili kemudian kacau rata dan masak menggunakan api kecil hingga pekat. tambahkan mix vege kemudian gaul rata dan masak sebentar.

(**)4. perasakan jika kurang masin renjis dengan sedikit sos ikan. kemudian gaul hingga rata dan matikan api lalu ketepikan.

(**)5. satukan telur dengan serbuk lada hitam dan mayonaise kemudian kacau rata. panaskan sedikit minyak menggunakan non-stick pan bersaiz 8 atau 9 inci. selepas tu goreng telur tadi hingga masak dan masukan ke dalam pinggan yang sesuai.

(**)6. tuang semua bahan yang sudah dimasak pertama tadi diatas telur dadar dan ratakan. untuk hiasan tabur hirisan cili merah dan hirisan daun bawang.

(**)7. akhir sekali, hidangkan bersama nasi putih hangat.

(**)sebenarnya, ramai juga orang yang sudah buat resepi telur bistik ini cuma style mungkin agak berbeza


EmoticonEmoticon