Bahan-Bahan
(**)500 gm ayam - dipotong kecil dan cuci bersih
(**)3 kuntum bunga cengkih dan 2 biji pelaga
(**)2 kuntum bunga lawang
(**)1 batang kulit kayu manis
(**)2 biji kentang - potong baji
(**)daun bawang dan daun sup - dimayang halus
(**)1 biji tomato - belah 4
(**)1/2 batang lobak merah - potong panjang 1 inci
Bahan Kisar
(**)3 biji buah keras
(**)3 ulas bawang putih
(**)3 ulas bawang merah
(**)1 sudu kecil serbuk ketumbar
(**)1 sudu besar lada hitam
(**)1 sudu kecil jintan manis - sangai dahulu
Cara Penyediaan
(**)1. mula-mula panaskan minyak dalam kuali kemudian tumis semua bahan kisar bersama bunga cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis, dan bunga lawang.
(**)2. selepas tu masukan ayam dan biarkan sebentar kemudian masukan juga air lebih kurang 3 cawan hingga merenih.
(**)3. bila air sup sudah mulai mendidih masukan kentang dan lobak merah masak hingga empuk
(**)4. akhir sekali, masukan tomato yang sudah dibelah 4 tadi dan perasakan dengan gula dan garam secukupnya. taburkan daun bawang dan daun sup, sup ayam siap untuk dihidangkan.
EmoticonEmoticon