Bahan-Bahan:
(**)1 tin buah peach – potong dadu
(**)500 ml air
(**)500 ml susu cair atau susu segar
(**)1/2 cawan gula (boleh di kurangkan kalau tak nak manis)
(**)1 paket agar-agar serbuk – 12 g
(**)1 1/2 sudu besar tepung jagung dicampur dengan 2 sudu besar air – jadikan pes
(**)sedikit esen vanilla dan pewarna kuning
Cara Membuat:
(**)1. Masak serbuk agar-agar bersama air, gula dan air sirap buah peach tadi hingga gula larut dan agak mendidih di atas api perlahan.
(**)2. Masukkan susu cair/segar dan kacau lagi hingga agak mendidih. Masukkan esen vanilla dan sedikit pewarna kuning dan kacau.
(**)3. Masukkan pes tepung jagung dan kacau hingga agak pekat. Akhir sekali, masukkan buah peach yang dipotong dadu tadi.
(**)4. Kacau sekejap. Angkat dan tuang dalam acuan dan sejukkan sebelum di hidang.
EmoticonEmoticon