Sunday, 6 November 2016

Resepi Puding Kastard Leleh

Tags


Bahan-Bahan

(**)1 cawan tepung kastard
(**)4 cawan air
(**)3 sb gula pasir
(**)1 cawan susu cair
(**)10 gm serbuk agar-agar

Cara-Cara

(**)1. mula-mula masak agar-agar bersama gula hingga mendidih dan larut kemudian tuangkan susu cair.

(**)2. bancuh tepung kastard dan air selepas tu tapis dan tuangkan ke dalam adunan puding tadi kemudian kacau adunan hingga pekat.

(**)3. bila sudah masak masukan ke dalam acuan kecil dan biarkan sejuk.

##untuk larutkan agar-agar, masukan dulu agar-agar ke dalam periuk kemudian masukan air dan kacau rata agar tidak berbentil

Kuah Kastard

Bahan-Bahan


(**)1 tin susu cair
(**)1 sb tepung kastard
(**)1 sudu teh esen vanila
(**)2 gelas air
(**)4 sb gula pasir
(**)secubit garam

Cara-Cara

(**)1. masak susu bersama air dan gula hingga larut dan mendidih menggunakan api perlahan kemudian bila sudah mendidih bancuh tepung kastard dengan sedikit air dan tuangkan ke dalam kuah.

(**)2. kemudian tambahkan esen vanila dan secubit garam dan biarkan hingga mendidih.

(**)3. bila sudah masak angkat dan masukan ke dalam peti ais agar cepat sejuk.

(**)Note : untuk cara menghidangkanya masukan kuah ke dalam mangkuk kemudian masukan ais dan letakan puding tadi. agar tampilan lebih cantik boleh juga tambahkan fruit cooktail.



EmoticonEmoticon