Sunday 13 November 2016

RESEPI MURTABAK MAGGI MURAH, SEDAP, MUDAH

Tags


BAHAN-BAHAN :

(**)4 paket Maggi kari – rebus mee sahaja
(**)4 paket serbuk perasa Maggi kari – sebagai bahan perisa
(**)1 biji bawang merah
(**)1 ulas bawang putih
(**)5 biji telur
(**)1 batang lobak merah
(**)Isi ayam dan bebola ayam secukupnya
(**)3 sudu besar tepung jagung
(**)Sedikit daun sup atau daun bawang

CARA MEMASAK :

(**)Bersihkan isi ayam, bebola ayam dan potong menjadi ketulan kecil.
(**)Bawang merah, bawang putih, daun sup diracik halus.
(**)Bersihkan lobak merah dan potong kecil-kecil.
(**)Rebus mee maggi sehingga kembang, tos air dan ketepikan .
(**)Panaskan sedikit minyak, tumis semua bawang sehingga layu dan naik bau kemudian masukkan isi ayam, bebola ayam, lobak merah, daun sup dan kacau semua bahan sehingga isi ayam masak.
(**)Tutup api. Masukkan 1 atau 2 paket perisa maggi kari, mee Maggi, tepung jagung dan telur sebiji demi sebiji. Kacau rata.
(**)Jika kurang masin boleh ditambah lagi serbuk perisa Maggi kari.
(**)Fungsi tepung jagung supaya adunan mee dan bahan-bahan lain melekat.
(**)Panaskan frying pan dengan sedikit minyak dan goreng murtabak Maggi sehingga masak.
(**)Angkat kemudian toskan minyak. Siap dan boleh dihidangkan bersama sos atau mayonis.


EmoticonEmoticon