Tuesday, 8 November 2016

Resepi Kek Coklat Mudah Menggunakan Periuk Nasi

Tags


Bahan-Bahan:

(**)1 1/2 cawan tepung
(**)1/2 cawan gula
(**)4 sudu besar serbuk koko
(**)1 sudu kecil soda penaik
(**)1/2 sudu kecil garam
(**)1/2 sudu kecil serbuk kayu manis
(**)1/4 sudu kecil serbuk penaik
(**)90ml minyak bunga matahari
(**)1/2 sudu kecil ekstrak vanilla
(**)1 sudu besar cuka
(**)1 cawan air

Cara Membuat:

(**)1. Campurkan tepung, gula, serbuk koko, soda penaik, garam, serbuk kayu manis, serbuk penaik. Kacau sehingga sebati. Asingkan.

(**)2. Dalam bekas yang berlainan, masukkan minyak, ekstrak vanilla, cuka dan air. Kacau sehingga sebati.

(**)3. Campurkan kedua-dua adunan (adunan 1 dan 2) kering dan basah, kacau sehingga lembut.

(**)4. Sapukan mentega sebagai pelincir ke dalam periuk nasi elektrik (Rice Cooker). Tuangkan adunan dan masak untuk 60 minit.

(**)5. Periksa kek dalam masa 45 minit. Cucuk kek dengan lidi untuk memastikan kek telah masak.

(**)6. Setelah kek masak, biarkan kek sejuk untuk 15 minit sebelum dikeluarkan dari periuk.

(**)7. Apabila sejuk, terbalikkan kek ke atas pinggan leper. Taburkan gula ising ke atas kek atau curahkan dengan coklat ganache.


EmoticonEmoticon