Bahan-Bahan:
(**)1/2 cawan susu segar
(**)1 1/2 cawan dairy whipping cream
(**)2/3 cawan susu pekat manis
(**)2 1/2 sudu besar serbuk koko – diayak supaya tidak bergentel
(**)1 sudu kecil esen vanila
(**)1/4 cawan badam cincang – disangar
(**)8 keping biskut Oreo – dipotong kecil tanpa buang krim
(**)3/4 sudu kecil esen mint (pudina)
(**)pewarna hijau secukupnya
(**)1/8 sudu kecil garam
Cara Membuat:
(**)1. Satukan susu segar, whipping cream, susu pekat manis, esen vanila, dan garam. Pukul hingga pekat dan bertanduk (Bila diterbalikkan, bahan tak jatuh).
(**)2. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Sebahagian dicampur serbuk koko dan sebahagian lagi dicampur esen mint dan pewarna hijau. Sebatikan.
(**)3. Setelah sebati, bahagian coklat dicampur dengan badam cincang, gaul rata. Bahagian mint dicampur dengan biskut Oreo, gaul rata.
(**)4. Bubuh kedua-dua adunan mengikut kreativiti anda, boleh bubuh selapis-selapis atau selepuk ke dalam acuan atau bekas kemudian ditutup.
(**)5. Masukkan ke dalam freezer sekurang-kurangnya 6 jam atau sehingga ice cream mengeras (ikut suhu freezer masing-masing) sebelum dihidangkan.
EmoticonEmoticon