Wednesday, 9 November 2016

Resepi Ayam Masak Paprik Ala Thai Paling Sedap

Tags


\Bahan-Bahan

(**)2 keping dada ayam - hiris nipis
(**)4 biji cili padi - diketuk
(**)2 sudu makan cili kering kisar
(**)2 helai daun limau purut
(**)2 ulas bawang merah - dihiris
(**)2 ulas bawang putih dihiris
(**)1 biji cili merah - dihiris serong
(**)2 sudu makan sos cili
(**)2 sudu makan sos tomato
(**)1 sudu makan sos tiram
(**)1/2 inci halia - hiris halus
(**)1/2 labu bawang besar - hiris memanjang
(**)1/2 cawan air
(**)sedikit garam
(**)sedikit kicap manis

Bahan Sayuran

(**)2 biji putik jagung - dihiris
(**)2 tangkai kacang polong - dihiris pendek
(**)bunga kobis - dipotong kecil
(**)1/2 biji karot - dihiris memanjang

Cara Memasak Ayam Masak Paprik


(**)#1: panaskan minyak dalam kuali kemudian goreng hirisan ayam hingga warnanya keputihan. selepas tu toskan dan ketepikan.


(**)#2: sisakan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bawang merah, halia, dan bawang putih hingga harum. kemudian masukan cili kisar dan tumis kembali hingga pecah minyak.

(**)#3: masukan sedikit kicap manis, sos cili, sos tiram, dan sos tomato kemudian kacau rata. masukan ayam yang digoreng tadi dan gaul hingga rata.

(**)#4: masukan serai, air, dan daun limau purut. masukan sedikit garam secukup rasa dan kacau rata. kemudian masukan sayur-sayuran yang dah dihiris tadi dan bawang besar. selepas tu masak sampai sayur tadi agak empuk.

(**)#5: Akhir sekali, bila dah masak angkat dan hidangkan bersama nasi panas Mmmmm Sedaappp!


EmoticonEmoticon