Sunday, 27 November 2016

Persoalan Masuk Masjid Ketika 'Datang Bulan'

Tags



(**)Saya sering mendengar Ustazah mengajar dari zaman persekolahan yang wanita haid tidak boleh masuk ke dalam masjid. Larangan ini seolah-olah sangat besar. Tetapi ada juga mutakhir ini saya mendengar dalam kuliah dan pengajian agama saya, bahawa wanita yang dalam keadaan haid boleh pergi ke masjid dan tidak menjadi kesalahan. Moga pencerahan dari Ustaz.

(**)JAWAPAN :
(**)Secara umumnya, masjid adalah rumah ibadat yang sangat mulia yang mesti dipelihara kesuciannya oleh semua orang Islam. Sebagai rumah Allah, sudah pasti ada adab yang perlu dipelihara termasuklah masuk dalam keadaan suci dan bersih.

(**)Memang ada hadis yang diriwayatkan oleh  Abu Daud daripada Aisyah yang secara jelas menyatakan bahawa Nabi s.a.w tidak menghalalkan bagi wanita haid dan berjunub untuk masuk ke dalam masjid. Hadis ini sahih di sisi sebahagian ulama seperti Imam Ahmad, Imam Syafie dan lain-lain.

(**)Namun begitu, ada terdapat perbincangan dari ulama terkini seperti Yusof Al-Qardhawi yang menilai semula hadis tersebut dan dikatakan ia mempunyai masalah dari sudut perawinya.

(**)Pendapat yang terhasil daripada penilaian ini adalah, harus bagi perempuan yang haid untuk masuk ke dalam masjid sekiranya ada keperluan seperti menghadiri majlis ilmu dan urusan-urusan penting dengan syarat perlulah dipastikan keadaan haid itu tidak pula menyebabkan masjid menjadi kotor dan sebagainya.

(**)Pendapat ini pula ditambah kuat dengan realiti orang bukan Islam pun dibenarkan masuk dan menziarahi masjid tanpa dihiraukan sama ada mereka itu sedang dalam haid dan sebagainya. Maka lebih-lebih lagilah keharusan tersebut ke atas perempuan Muslimah walaupun dalam keadaan haid.


EmoticonEmoticon