(**)Mutakhir ini kita melihat banyak juga kes bunuh diri yang bukan saja melibatkan orang bukan Islam tetapi juga orang Islam. Kita semua tahu bahawa membunuh diri adalah dosa besar. Cuma, adakah pembunuh diri ini apabila dia seorang Muslim, kita perlu untuk menyembahyangkan jenazahnya, atau tidak perlu? Mohon penjelasan Ustaz.
(**)JAWAPAN :
(**)Para ulama berselisih pendapat dalam masalah ini kepada 3 pendapat:
(**)Pendapat yang pertama: Tidak disembahyangkan.
(**)Ini berdasarkan hadis dari Jabir bin Samurah bahawasanya Rasulullah s.a.w didatangkan seorang jenazah lelaki yang membunuh diri dengan anak panah, maka Rasulullah s.a.w tidak menyembahyangkannya. [Hadith riwayat Muslim].
(**)Pendapat yang kedua: Disembahyangkan
(**)Pendapat ini adalah pendapat majoriti ulama yang menjawab hadis dari Jabir di atas. Hadis di atas hanyalah dalil peringatan dari Baginda s.a.w tentang betapa besarnya dosa pembunuh diri agar masyarakat tidak mencontohinya. Hukum solat jenazahnya tidak haram bahkan para sahabat ketika itu telah menyembahyangkan jenazahnya.
(**)Pendapat yang ketiga: Harus bagi masyarakat kebanyakan tetapi tidak bagi ahli ilmu
(**)Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah condong mengikuti pendapat ini dan berkata: “Boleh bagi manusia umum untuk menyembahyangkannya. Adapun bagi para agamawan yang menjadi ikutan ramai, harus bagi mereka untuk tidak solat sebagai peringatan kepada semua manusia tentang buruknya perbuatan membunuh diri.
(**)Sebagai peringatan kepada semua, janganlah kita mengambil Jalan singkat membunuh diri sebagai Jalan keluar kepada setiap masalah kita. Banyakkan berdoa dan berharap kepada Allah agar masalah kita selesai dan kita mati sebagai seorang yang beriman.
EmoticonEmoticon