Bahan-bahan
(**)125 gram tepung gandum - diayak
(**)250 ml santan - boleh gantikan dengan susu cair
(**)1/2 sudu teh garam
(**)1 biji telur gred B
(**)2 sudu makan gula apong
(**)setitik emulco pandan
(**)sedikit minyak dan simpulan daun pandan untuk mengglis acuan
Cara-cara
(**)Bancuh bahan batter dengan telur dan santan. Adun hingga rata dan kemudian masukkan baki santan.
(**)Tuang batter ke dalam jug penyukat.
(**)Panaskan acuan kuih cara.
(**)Sapukan sedikit minyak menggunakan daun pandan.
(**)Tuangkan batter hingga setengah penuh.
(**)Masukkan dengan cermat 1/4 sudu teh gula apong.
(**)Tuangkan lagi batter supaya tertutup intinya.
(**)Tutup acuan dengan tudungnya (atau tudung periuk) dan biarkan kuih masak perlahan-lahan.
(**)Cungkil tepi kuih dengan pencucuk dan angkat kuih yang masak dengan sudu.
(**)Ulangi hingga batter habis.
EmoticonEmoticon